Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

Jadi kaya, jangan lupa diri. 

images2.jpg

PUTRAJAYA 10 Jan. ‘08 :Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, 56, yang diumumkan
sebagai Tokoh Maal Hijrah 1429 akan sentiasa mengingati pesanan ibunya, Sharifah
Rokiah Syed Abdullah supaya menyumbangkan separuh daripada pendapatannya bagi
membantu golongan kurang berkemampuan.

Beliau berkata, separuh daripada pendapatan pertama ketika membantu bapanya,
Syed Nor Albukhary berniaga lembu sebanyak RM1,500 ketika tahun 60-an telah
diserahkan kepada ibunya yang kemudian memintanya mengagihkan wang itu kepada 15
keluarga miskin di Alor Star, Kedah.

”Saya guna pesanan ibu itu supaya separuh daripada pendapatan diberikan kepada
orang kurang mampu, itulah yang telah memberikan saya keinsafan.

”Malah sampai sekarang, sumbangan kepada 15 keluarga tersebut terus diberikan,
kalau yang meninggal dunia diganti dengan orang lain.

”Tuhan sudah memberikan segala nikmat, semuanya saya dah rasa, apa lagi yang
kita mahu, maka nikmat itu perlu digunakan bagi faedah kepada orang ramai
terutama pelajaran,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis Sambutan Maal Hijrah 1429 Peringkat
Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Majlis penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong,
Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Melalui anugerah tersebut, Syed Mokhtar yang juga Pengerusi Yayasan Albukhary
menerima hadiah wang tunai sejumlah RM60,000 yang disumbangkan oleh kerajaan
manakala RM20,000 lagi oleh Yayasan Ubaidi.

Perniagaan

Syed Mokhtar yang berasal dari sebuah keluarga Arab Hadhrami kurang berkemampuan
di Alor Star kini merupakan ahli perniagaan bumiputera terkaya di negara ini
dengan harta bernilai RM4.16 bilion sebagaimana dinyatakan dalam Senarai
Bilionair Dunia Forbes 2007.

Syarikat Kumpulan Albukhary yang dibangunkan oleh beliau kini terbabit dalam
beberapa industri utama negara antaranya pengangkutan, logistik, utiliti,
automotif, pertahanan, makanan dan perbankan Islam serta kewangan.

Kumpulan tersebut menubuhkan Yayasan Albukhary pada 1996 sebagai sayap
kerja-kerja kebajikan dan menyalurkan dana bagi kerja-kerja amal yang kini
berkembang sebagai entiti amal global antaranya penubuhan Muzium Kesenian Islam
Malaysia dan Program Biasiswa Albukhary.

Sehingga 2006, yayasan tersebut menyumbang hampir RM1 bilion secara langsung
kepada usaha kebajikan termasuk menyertai proses membina semula kehidupan
pelarian Afghanistan, bantuan mangsa gempa di Pakistan dan Iran serta mangsa
bencana tsunami di Aceh, Indonesia.

Selain itu, yayasan tersebut sedang berusaha menubuhkan hospital AIDS di Uganda,
membantu kanak-kanak jalanan di Afrika dan merintis program bantuan kemanusiaan
bagi mangsa perang di Iraq dan Lebanon.

Menurut Syed Mokhtar, mengenangkan kejayaan yang dicapainya sekarang daripada
pesanan seorang ibu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta
beliau menyerahkan hadiah wang tunai yang diterimanya itu kepada ibunya.

”Saya tanya pada Pak Lah nak buat apa dengan duit RM80,000 ini, dia kata
bagilah kepada ibu kerana dari situlah asal saya,” katanya.

Kejayaan

Syed Mokhtar yang mengakui inilah kali pertama beliau mendedahkan kisah hidupnya
kepada media berkata, meskipun telah mengecapi kejayaan, beliau sebenarnya hanya
sekadar manusia biasa dan Yang Maha Kaya itu adalah Allah .

”Daripada keinsafan itu, kita cari rezeki macam tidak ada hari esok, saya
usahakan sejak dari tahun 60-an dan telah melalui kepayahan dan kesakitan.

”Dan sehingga hari ini syarikat lori dan beras yang merupakan perniagaan awal
saya di Kedah masih terus beroperasi.

”Saya adalah anak kelahiran Dasar Ekonomi Baru (DEB), melalui bantuan Mara
serta UDA saya mengembangkan perniagaan tetapi melalui proses pahit maungnya
dahulu,” katanya.

Jelas beliau, apabila mendapat rezeki yang banyak, ia digunakan untuk kebajikan
lebih 67,700 kakitangan Kumpulan Albukhary dan selebihnya bagi membantu golongan
kurang berkemampuan.

Syed Mokhtar berkata, kesempitan kewangan ketika zaman kanak-kanak sehingga
tidak mampu membayar yuran peperiksaan menyebabkan beliau kini berusaha membantu
pelajar-pelajar kurang berkemampuan untuk mendapat peluang pelajaran.

”Saya bersekolah setakat tingkatan lima tapi tak sempat ambil peperiksaan
kerana tidak mampu bayar yuran.

”Jadi, mengenangkan dulu saya tidak ada peluang, bila saya dapat peluang dalam
perniagaan saya fikir kena beri peluang pendidikan kepada mereka yang tidak
mampu,” katanya.

Katanya, aktiviti kebajikan melalui Yayasan Albukhary diteruskan pula melalui
pembinaan Kompleks Albukhary di Alor Star yang berkonsepkan pondok moden dengan
dilengkapi masjid, rumah anak-anak yatim dan sekolah.

Selain itu katanya, yayasan tersebut yang dijana oleh syarikat Kumpulan
Albukhary turut menyediakan program tuisyen yang sehingga kini telah melibatkan
22,000 pelajar kurang berkemampuan sejak empat tahun lalu.

Tambahnya, pihaknya kini sedang membina Universiti Antarabangsa Albukhary yang
dijangka siap penghujung 2009 sebagai tempat pelajar-pelajar cemerlang kurang
berkemampuan itu untuk menyambung pelajaran.

”Pelajar-pelajar kurang mampu itu kita beri peluang dengan kita gajikan guru
untuk mengajar mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris dan
alhamdulillah kebanyakannya dapat maju ke depan,” katanya.

Katanya, hasil pesanan ibunya, beliau turut mengembangkan aktiviti kebajikan
kepada masyarakat minoriti Islam yang tertindas dan miskin di luar negara dengan
membawa pelajar-pelajar miskin tetapi cerdik untuk menyambung pelajaran di sini.

Setakat ini, katanya, seramai 372 orang pelajar dari 47 buah negara minoriti
Islam sedang menimba ilmu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di
bawah tajaan Yayasan Albukhary.

Yayasan berkenaan juga menaja umat Islam kurang berkemampuan dari segi kewangan
bagi menunaikan ibadah haji serta memberikan bantuan pembinaan masjid-masjid
termasuk membiayai projek membaik pulih Masjid Negara di ibu negara.

”Usaha membaik pulih Masjid Negara timbul apabila satu malam saya ‘berpusing-
pusing’ (meninjau) kawasan sekitar Muzium Kesenian Islam, saya dapati ia
terang-benderang tetapi Masjid Negara gelap? macam mana boleh macam ini,”
katanya.

>> Artikel tambahan

images4.jpg

 Souq Albukhary

 LATAR BELAKANG TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY
(Embedded image moved to file: pic21659.jpg)Umur – 56 tahun (2008)
Pendidikan – SPM
Mula berniaga – 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan -RM4.16 bilion sebagaimana dinyatakan dalam Senarai Bilionair
Dunia Forbes 2007
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya – MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,
BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta – Proton Perdana
Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000
pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen
untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk
Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang
tak mampu untuk tunaikan haji.

BAGAIMANA sumbangan sosialnya bermula – Bila mana ibunya menyuruh memberikan
sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada
jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya
juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi
kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan
peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan
kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan
warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena
berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu
melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik
semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusiaini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya
akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi
itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh
lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi
dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh
menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu
memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi
dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan
London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana,
hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam,
hendak makan pun sampai larat mana?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa
di bawah.

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan.
Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama
kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang
lain berusaha mereka marah.

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun
begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana
sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit
yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa
dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata
kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita
tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita,
kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan
individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya
tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya
beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak
berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan
beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar,
minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha
sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena
berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah
kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan
perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya
untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri.
Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita
lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang
saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat
bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini
untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya
dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain
memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah
orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar
berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam
tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada
menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa
kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak
berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada
cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir
bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu
senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai
kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta
terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju
dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam
bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain,
perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit
itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh
berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang
sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang
lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal
usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. ??kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia
yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi.
Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah
sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula.
Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa
orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa
untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan
semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat
untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas
seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini.
Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak
ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi
sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun
cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang
dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara
kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab
kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan
agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan
tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang
wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada
saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang
lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan
kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena
kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai
kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan
fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi
mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada
didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya
tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang
habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima
apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka
menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak.
Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau
saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli
sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa
yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri
saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan
beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada
kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita
terlalu banyak ketinggalan.

36 responses to “Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

  1. Kenikmatan itu selau datang kpd orang yang redha dengan apa yang diberi olehNya..

  2. itulah…
    Qalallahu taala fil quranil ‘adziz…
    mafhumnya….
    Barangsiapa yang bersyukur akn nikmatKu,
    maka, akanKu tambahkan nikmatnya….
    Barangsiapa yang kufur ke atas nikmatKu,
    maka azab yang pedihlah baginya…

  3. syed mokhtar adalah idola sy…sem0ga beliau sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Taala..jalan yang dipilih adalah jalan yang tak semua orang tengok dan pandang..tetapi itulah salah satu jalan yang sangat sy impikan untuk mengenal diri dan mengenal allah..teruskan berbudi kerana budi itu adalah ibadah…

  4. Semoga dapat dijadikan contoh tauladan bagi Umat islam dan kaum Melayu. Yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan.

  5. saya nak beli buku rujukan dan saya tidak ada duit.sekarang saya akan mengambil SPM pada tahun ini.no akaun saya bank pertanian 15060009565

  6. Teruskan usaha murni mu ini Tan Sri…
    Dan saya berharap Tan Sri teruslah memberi nasinat dan pandangan yang berguna untuk peringatan bersama… Kalaulah ramai Jutawan Islam (Melayu) seperti Tan Sri alangkah indahnya Malaysia dan dunia ini…Wassalam…

  7. NOORAINI BINTI ABDULLAH

    Assalamualaikum Tan Sri,

    Saya begitu kagum dengan Tan Sri, walaupun Tan Sri kaya tetapi tetap mensyukuri akan nikmat yang Allah SWT berikan. Saya juga mewakili hamba Allah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana Tan Sri banyak membantu hamba Allah miskin dan fakir. Dengan pembinaan Masjid dan pusat beribadah untuk orang miskin dan anak yatim, jelas menunjukkan bahawa Tan Sri memiliki budi luhur dan ikhlas dalam membelanjaan wang ke jalan Allah SWT. Inilah utama kenapa tuan terpilih oleh Allah SWT untuk menjadi orang Islam terkaya di Malaysia. Tan Sri tidak sombong dan sentiasa mengingati bahawa Allah SWT itu Maha Kaya dan memiliki segala di mukabumi kerana tanpa pertolongan Allah SWT, Tan Sri tentu tidak berada dalam kedudukan sekarang. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan meredha setiap urusan kehidupan dunia yang Tan Sri lalui. Amin

  8. idola aku tu…tak lama lagi aku jadi macam dia ler….tunggu ler..

  9. Muhamad Mokhtar Bin Mustafa

    Saya amat bertuah dan berbangga mempunyai seorang usahawan bumiputera beragama islam seperti Syed Mokhtar al-Bukhary.Beliau yang sentiasa memandang kehadapan dan sentiasa ingin membantu orang lain terutamanya sebangsa dan seagama.Sebenarnya saya ada minat di dalam perniagaan tetapi banyak kekangan yang dihadapi.Umur baru 25 tahun dan masih bekerja sebagai kerani di stesen minyak.Tujuan saya nak berniaga adalah kerana fardu kifayah,sedih melihat tiada orang melayu berniaga di kawasan saya cuma berniaga warung dan gerai pasar malam.Apa daya nak kumpul duit untuk cecah ribuan ringgit amat sukar untuk memulakan modal.Mungkin saya ingin meminta bantuan daripada Syed Mokhtar Al-bukhary sekiranya boleh.Saya tak nak jadi seorang kaya cuma nak bantu orang islam di tempat saya.Moga Allah makbulkan…

  10. salam…tolong lah saya bagaimana ingin menghubungi pihak tuan………saya perlu menemuramah Tan Sri untuk tugasan yang diberi oleh pensyarah……….plezzzz

  11. Salam ..Tan Sri yang dihormati, sebagai menyahut seruan jihad, saya mencari produk muslim terutama susu formula di pasaraya, tapi sayang tak jumpa lagi, kebayakkan ditinkan oleh syarikat yahudi..jadi cadangan saya adalah supaya Tan Sri memikirkan usha untuk menubuhkan syarikat mengetin susu dan masukkan jenama kita untuk pasaran muslim..harapan saya tinggi kerana Tan Sri sajalah orang yang mampu menjadikan ini semua realiti, jenguk-jenguk lah Kota Bharu mungkin ada peluang untuk melabur di sini..kalu tak ada orang nak urus, saya pun sanggup berhenti kerja saya untuk makan gai dengan Tan Sri..harap cadangan ini mendapat perhatian ..

  12. mana-mana orang melayu yg kaya yg hdk cri chalet dan tanah ladang sawit boleh call saya di talian 012-7027445

  13. syukur ke hadrat ilahi kerana telah menjadikan dan memberikan nikmatnya kepada insan yang tahu menghargai & menghulurkan nikmatnya kepada insan lain. Amin…. dan terima kasih kepadamu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary kerana menyedarkan aku Erti kehidupan & nikmatnya

  14. salam sejahtera…
    saya terlalu ingin berjumpa dengan tan sri. tetapi apa yang saya tahu tan sri ni terlalu low profile. saya amat2 kagum dengan tan sri yang brsifat ZUHUD. saya perlu mememuramah tan sri untuk tajuk tugasan saya. saya juga telah berkesempatan ke negeri kedah dan alhamdulilah saya dapat melihat sendiri yayasan al-bukhary yang dibangunkan oleh tan sri. saya berharap akan lahirlah lagi usahawan ISLAM yang mempunyai sifat2 ZUHUD seperti tan sri.

  15. nazri bin abu bakar

    satu pengenalan dan pendedahan yang penuh denga maklumat dan informasi baik dri segi duniawi dan ukhrawi…ucapan trima kasih saya ucapkan kepada Tan Sri…moga dengan pengenalan ini membuatkan diri kita sedar dan trus ke hadapan walau ape bidang yng dicebur sekalipun…INSYAALLAH!!!kite akn berjaya..AMIN YA ALLAH….

  16. Muhd Jamian Abdul Hamid

    Alhamdulillah,

    Dalam sejuta ada seorg insan yang berhati mulia seperti ini. Very humble person. Saya begitu insaf membaca setiap kata-kata Tan Sri.

    Walaupun tidak pernah bersemuka dengan Tan Sri, tetapi hati ini kuat mengatakan bahawa keyakinan dan ketabahan Tan Sri dalam menjalani dan menghadapi dugaan kekayaan ni telah mendorong usahawan kecil seperti saya ini untuk terus belajar dan bekerja dengan lebih keras lagi bagi membantu sesama Islam.

    Saya mendoakan agar Tan Sri dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Ada umur yang panjang, mungkin kita akan berjumpa.

    Salam penuh keberkatan Ramadhan dari saya…

    Anak Peneroka Felda.

    Jamian

  17. Syukur saya kepada allah s.w.t diatas limpah kurnianya 2 org anak saya telah menerima bantuan tuisyen albulkhary.Dan seorang anak saya sedang belajar di Universiti Al-Azhar Mesir dlm bidang Alquraan Qiraat peringkat master tanpa apa-apa bantuan dari mana-mana pihak.Dari itu saya dengan rendah diri memohon sedikit sumbangan dari yayasan albukhary untuk anak saya (Ahmad Badrul Hisyam Shah) untuk membiayai kos pengajian dan sara hidup.Semuga allah s.w.t terus memberkati usaha-usaha Tan Sri. amin……..

  18. ABDUL GULAM ASHADH

    SAYA MENDOA KAN KESEJAHTERAAN TAN SRI SIHAT SELALAU DAN WALAFIAIT,SUPAYA TAN SRI TERUSKAN DGN KEBAJIAKAN UMAT DALAM DUNIA INI.

  19. assalamualaikum,
    saya merasa sebak ketika membaca artikel ini..tak tahu kenapa..tiba2 teringat kat mak saya di rumah..specially bile baca statement “berilah kepada ibumu kerana disitula dirimu bermula”..teringat dosa2 saya pada ibu saya.saat dimana saya melawan cakap ibu saya..oh Tuhan, mungkin inilah nasib saya.setiap perbuatan pasti ada pembalasan..cuma kite sedar atau tidak sahaja..macam sekarang ni, sudah berusia 24 tp masih tidak nampak masa depan saya yang cerah..saya teringin sangat nak jumpa TanSri..terus terang saya kagum (bukan kekayaan) dengan Tan Sri.kagum sifat gigih yang ada, anak yg baik,ini bukan nak ampu(bodek) tp dlm hati saya percaya benarlah semua kejayaan pasti bermula dari seorang ibu dan diri sendiri..klu kte usaha macam mana pun,tanpa dapat bless dr ibu kita pasti akn kecundang akhirnya..dan saya harap gaji saya yang pertama ini akan kuberikan separuh kapada ibuku…mak doakan kejayaan org mak…dan artikel ini akan ku print untul dijadikan salah satu guide saya..

  20. alhamdulillah…anak orang Melayu
    selalu bersyukur ke hadrat Ilahi
    duit banyak2 tu pun bukan Tan Sri..ada org yang lebih memerlukan…betul tu..

    Kalau Tan Sri sudi dermakan sikit dlm RM300-400 ..alhamdulillah…untuk peperiksaan anak2 saya..insyallah
    Bank Islam : 12-083-02-026275-9

  21. Tan Sri Syed Al Bukhary,
    Teruskanlah usahamu membantu golongan susah dan miskin. Semoga menjadi ikhtibar dan panduan berguna kepada usahawan muslim yang lain.
    Sedikit cadangan saya, kalau dapat Tan Sri bantu sekolah-sekolah Tahfiz Quran persendirian di Kelantan, Kedah, Pahang dan Selangor. Semoga bertambah berkat perniagaan tuan.
    Sesungguhnya hanya 3 perkara saja yang dapat membantu sesaorang apabila telah kembali ke alam barzakh. Amal jariahnya di dunia, ilmu bermenafaat yang diajarkan kepada orang lain dan doa daripada anak yang soleh.
    Selamat berbakti kepada agama dan bangsa.

  22. nurbahaiwati bt nekmat

    salam to you Tan Sri,
    i went through the whole article and what can i say…subhanallah and alhamdulillah.
    Tan Sri Syed Mokhtar is surely fit to be called a `khalifah` in the modern world.
    i am a journalist for a malay magazine, SUKSES and one of my dreams is to have an article on you inside the magazine.
    well, it seems that everything is answered in this article. is it ok for me to come and set an appointment for a photography session with you. knowing your hectic schedule of business and charity, i leave it to Tan Sri to decide the date and time. tq Tan Sri.

  23. Bismillah…
    Bagi saya apa yang Tan Sri lakukan itu adalah satu kewajiban beliau setelah berada di puncak kejayaan dan kesenangan.Itupun jika asas pengetahuan dan ilmu digunakan dengan sebaik mungkin dan diguna pakai.Tahniah Tan Sri !

  24. assalamualikum tan sri saya amat berbangga melihat pencapaian tan sri banyak sangat yang saya dapat pengajararan di dalam laman ni sy sentiasa berdoa dengan ilahi semoga pada suatu hari nanti libeh banyak orang melayu boleh berjaya ke hadapan tidak ketinggalan di belakang daripada bangsa-bangsa lain suatu hari nanti saya pun nak jadi macam tansri jugak lah boleh saya tolong orang-orang susah bukan saja di malaysia tetapi di seluruh dunia semoga allah makbulkan amin semoga allah merahmati tan sri amin

  25. Pada hari ini kita juga masih juga berbicara berkenaan kematangan orang melayu bumiputera dalam ekonomi. Di harap masih ada lagi orang melayu bumiputera yang ramai bilangannya berjaya dalam bidang ekonomi. Dengan adanya peningkatan ini, menjadi asas kekuatan dan tulang belakang orang melayu dalam mengikut lagi jejak langkah ramai lagi jutawan dan ahli korporat bumiputera. Kepentingan ini membantu usahawan-usahawan bumiputera yang lain khususnya dalam pemodalan.

  26. Assalamualaikum semua,sy di sini teruja dengan kata_kata Tan Sri itu.Ini sedikit sebanyak dapat mengingati diri sy bahawa pentingnya orang islam kita(melayu)mengerti apa yang ALLAH telah memberikan nikmat rezeki kpd kita.Dengan ini kita seharuslah bersabr dlm sesuatu cabaran yang kita hadapi di dunia ataupun alam semesta sekalipun.Tuntasnya kita haruslah merasakan diri kita ini seorang hamba ALLAH yang hebat.

  27. Assalamualaikum. Pelajar2 di sekolah saya sangat berpotensi. Jika diberi bimbingan sewajarnya mereka boleh sangat cemerlang. Bagaimana saya bagi pihak sekolah hendak memohon tajaan tuisyen dari Yayasan al-Bukhary?

  28. Saya berasa kagum dan berasa rendah diri apabila membaca artikel ini. Saya penah alami saat susah ketika anak masih kecil dgn pdatan yang tidak mencukupi. Tapi saya x penah berdoa pada allah supaya sy lekas kaya. Apa yg mencukupi bagi saya adlah rezeki yg sederhana. Cerita ini mengingatkan sy kpd suami saya yg mn dlm keadaan susah dia masih tnang dan boleh mmbantu orng lain. Semoga allah beri pahala yg tinggi pd mereka yg suka menolong orng yg susah ….

  29. Assalammualaikum wbt.

    Tan Sri Syed Mokhtar,

    Saya ingin memberikan proposal untuk Tan Sri timbangkan iaitu sebidang tanah kuari seluas 80 ekar di Mukim Labu, Nilai, Negeri Sembilan.

    Ia boleh dijadikan aset untuk projek-projek Tan Sri pada masa sekarang dan akan datang.

    Sekiranya Tan Sri berminat serta ingin meneliti dokumen bolehlah menghubungi saya di alamat email ataupun di talian telefon bimbit iaitu 017-6316627.

    Bidang saya bukannya broker tetapi pemilik kuari adalah ipar saya.

    Respon dari Tan Sri amat dihargai.

    Sekian terima kasih.

    HALIM

  30. norzafirah bt mohd yusoff

    assalamualaikum…..saya dok tengah cari kerja.berniaga ka….apa ka…stakat ni tak dak peluang lgi….minat nak berniaga…tk da modal lagi….kalau nak jadi salah sorang kakitangan Tan Sri pun tak pa……

  31. norzafirah bt mohd yusoff

    kalaau boleh sya nk cakap dengan Tan Sri sendiri….017-4052235……..saya sebenarnya tak berniat nak main-main….cuma sy rasa ini mungkin peluang yg saya ada…insyaallah…

  32. yealah saya pun malu dgn bangsa kita yang sagat ketinggalan. sebab sikap dan cara pemikiran. sikap pemalas…….. dan meminta-meminta…………………..

  33. salam semua, pertamanya maaf atas beberapa perkara. 1-saya bukan pekerja tan sri dan saya tidak pun mengenali tan sri secara peribadi.2-maaf kerana meletakkan harapan kepada semua sehingga ada yang sanggup meletakkan nombor telefon di sini. 3- saya sebenarnya sudah tidak lagi berblog dan secara literalnya blog ini sudah mati atas atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, jadi maaf kepada komen yang lambat. 4-saya mengambil info ini di dalam internet juga lama dulu,tapi malangnya atas kesilapan sendiri saya tidak meletakkan backlink untuk trackback sumber asal malahan memberi kredit. satu kesilapan yang besar. jadi, saya meminta maaf kepada semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s