Saya bersyukur pada Tuhan! Saya bersyukur pada Allah!

Petang itu, sambil menghilangkan rasa bosan di petang hari, saya ikut sama adik bongsu saya, Husna menonton television. Mahu tidak mahu (kedua2nya sama sahaja, kerana semua saya layan),  saya  terpaksa menonton siri drama Indonesia yang dimainkan di TV3. Liontin namanya. Tonton saja, tak perlu berebut dengan budak ini untuk menonton televisyen.

Sambil makan, saya menonton televisyen (dah memang hobi buat macam ni…). Saat demi saat. Minit demi minit berlalu. Saya tonton sahaja tanpa banyak memikirkannya. Sehinggalah….(suspens…)

Sehinggalah cerita ini menayangkan babak di mana watak Fatir namanya, kalau tidak silap saya, cuba memerangkap watak utamanya, nama apa entah, (saya pun sudah lupa), demi berebutkan seorang perempuan, Indi. Oleh itu, saya namakan watak utamanya sebagai A (sekiranya mahu mengetahui nama watak itu, tonton sahaja di TV3, maaflah, saya sudah tiada masa untuknya!). Si Fatir berpura-pura sakit dan sanggup mencederakan dirinya dengan memukul kepala sendiri dengan menggunakan kayu besbol.

Dia menelefon si A untuk ke rumahnya dan si Indi untuk ke sana juga. Nak dijadikan cerita,  si A tiba terlebih dahulu ke rumah si Fatir. Si A yang masih blur menghampiri si Fatir yang sudah berlumuran darah dan terus mencapai kayu besbol apabila dilihatnya kayu itu di atas lantai. Pengarang cerita ini punyakah fikir, dia pun memplotkan cerita dengan membuatkan Indi tiba di rumah Fatir sejurus kemudian. Si A terperangkap. Dia disabitkan bersalah. Kelakar. Senang betul disabitkan bersalah, mana perginya penuntut-penuntut keadilan? Mana perginya peguam-peguam?

Tetapi, yang lebih kelakarnya adalah babak selepas itu. Si Fatir yang berjaya membuat jahat ini, menulis diarinya. Babak yang menjadi kelakarnya apabila dia mengucapkan rasa bersyukur kepada Allah kerana ‘masih menyayanginya’, ‘masih melancarkan usahanya’.Sengal!

Cit, poredahhh!!!!!Ada juga orang jenis macam ini, ya! Entah apalah mesej yang ingin dipaparkan oleh pengarah drama tersebut dengan menayangkan babak se’sengal’ demikian. Dia fikir apabila segalanya berjalan lancar, tidak kira baik atau jahat, ianya satu kurniaan, ya! Buat maksiat, syukur, selamat. Buat dosa, subhanallah, engkau memberikan aku kudrat. Buat dajal, alhamdulillah, pelan saya berjalan lancar.

Inilah yang sering berlaku sekarang ini. Bukan tak pernah, selalu kita lihat di dalam television, dengar dari corong-corong radio, apabila artis-artis ‘pujaan kita’ dengan begitu rasa terharu sekali mengucapkan “Alhamdulillah saya panjatkan kepada yang Esa kerana mengurniakan kejayaan ini, semuanya dari-Nya.”,apabila memenangi anugerah-anugerah yang ntahapahapantah. Orang ramai pun turut kagum dengan artis demikian. Wah, bagusnya dia! Walaupun pakai seksi-seksi, walaupun masa menyanyi, menari tak sedar diri, dia masih bersyukur dengan kejayaannya! Bagusnya, sememangnya artis idolaku!

Semua jadi mabuk. Semua jadi tak sedar. Wah, wah, wah. Mentang-mentang dia tu artis kesayangan u all, semua jadi halal ,ya! Semua jadi cantik, ya! Tak mengapa, dia artis. Nak buat macam mana…Artis pakai kain sarung, bagusnya, alim betul. Orang lain pakai kain sarung, uishhh dia ni….selekeh betul la. Ada scabbis ke?

Oh, patutlah dia bersyukur pada Tuhan, pasal jadi famous ni, semuanya betul. Menyanyi macam ‘nak rak’ pun betul. Nak memusnahkan anak bangsa, pun betul. Bukan memusnahkan la, saya hanya mahu menghiburkan, ada faham?Itu yang dia bersyukur tu. Oh, maafkan saya, saya salah anggap niat murni awak. Oh, saya hampir lupa, yang mengatakan ”MATLAMAT MENGHALALKAN CARA” itu, Niccolo Machiavelli. Dia ahli falsafah terkenal, orang hebat. Jadi betullah kata-katanya,ya?

Oleh itu, tidak salahlah saya ‘menyabitkan’ Allah apabila saya menang memusnahkan bangsa. Dia yang bagi semua ni, kan, kan,kan?

Oh, patutlah…

11.o2 a.m.,16 Januari  2008  

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s