Antara Kebenaran dan ‘Kelucuan’

Tidak lama lagi umat Islam akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri sejurus dengan pemergian bulan Ramadhan Al-Barakah. Bagi saya dan rakan-rakan yang berada di perantauan, sudah pastinya pulang ke kampung akan menjadi satu isu di kalangan kami, terutamanya saya dan rakan-rakan yang tinggal di Kelantan kerana kehabisan tiket merupakan perkara yang paling ditakuti. Memanglah patut ditakuti, kerana tiket ke Kelantan terlalu cepat habis. Bukan apa, takut-takut nanti, beraya sahaja di sekolah.

Jadi, bermulalah pencarian tiket. Tetapi, saya berasa khuatir untuk terburu-buru membeli tiket terlebih dahulu, kerana mengikut pengalaman yang lepas (semua orang pun tahu), selalunya Menteri Pelajaran akan mengumumkan cuti tambahan (cuti lagi awal). Jadi, saya tidak mahu membeli tiket terlebih dahulu takut-takut kalau saya rugi beberapa hari cuti. Saya mengambil keputusan untuk menunggu untuk beberapa waktu lagi dengan rakan-rakan yang ‘sekepala’ dengan saya. Tak mengapa, kata saya. Dua bulan lebih lagipun.

Malangnya, setelah beberapa lama menunggu, pengumuman masih belum dibuat. Ini sudah tidak boleh jadi. Sudah ada beberapa buah bas untuk ke Kelantan sudah penuh. Nampak gayanya, berkuranglah bilangan hari yang boleh saya beli tiket itu dan bertambahlah risiko untuk saya berhari raya di sekolah.

Suatu petang, di Musolla Saidina Ali, seorang rakan saya di tingkatan empat (junior setahun), Naim memberitahu saya yang ada dalam kalangan mereka yang ingin menempah sebuah bas, Konsortium Bas Ekspress khas untuk pelajar-pelajar di sekolah saya melalui pak ciknya yang bekerja dengan syarikat tersebut . Syukur, dalam keadaan genting sebegini, datang pertolongan Allah. Beberapa hari yang berikutnya, saya mendapat satu berita yang tidak diingini – syarikat tersebut tidak mahu menerima tempahan secara charted. Aiseh…

Dalam keadaan begitu, Ustazah Nik Mahizan yang baik hati membantu kami untuk menguruskan tiket kami untuk pulang ke kampung masing-masing (walaupun sebahagian besarnya termasuk saya tidak tinggal di kampung). Pihaknya telah sampai ke Hentian Pudu pun untuk mencari tiket untuk kami, agak jauh saya kira untuk mencari tiket yang selalunya kami beli sahaja di Perhentian Bas Jalan Pasar Payang yang jauhnya tidak lebih dari 15 minit berjalan kaki dari sekolah. Sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula, tiket untuk kami memang tiada di sana. Jadi, pihak sekolah mengambil keputusan untuk menggunakan bas sekolah sebagai pengangkutan kepada kami.

Tetapi, apa yang lebih mengejutkan ialah kenyataan di akhbar, bahawa bas yang digunakan sebagai pengangkutan semasa musim perayaan mencukupi. Aduhai, saya membaca berita itu dengan rasa ingin tergelak. Yang kami naik bas sekolah ( sememangnya bukan dalam peruntukan untuk bas sekolah menghantar pelajar-pelajar balik beraya di kampung ) apa cerita. Kami membaca berita itu dengan perasaan bercampur baur. Nak marah pun ada, sebab kenyataan yang menipu, nak tergelak pun ada , sebab memikirkan penipuan secara menyeluruh dengan selamba, kesian pun ada, memikirkan nasib sebilangan mereka di perantauan yang tidak dapat beraya di kampung, gembira pun ada, sebab kami dapat juga pulang ke kampung walaupun kenyataan yang menipu lagi ‘melucukan’ dibuat.

Saya pun tidak tahu ingin menyalahkan mana-mana pihak dalam perkara ini. Adakah yang mengeluarkan kenyataan menipu itu? Atau pihak media yang tidak berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu berita. Tetapi, yang lebih penting, selepas kejadian ini, barulah saya menyedari yang media massa tidaklah boleh dipercayai 100 peratus kerana isu ini turut melibatkan saya yang mengetahui hal yang sebenar-benarnya, walaupun saya telah mendengar beberapa cerita mulut dari kawan-kawan dan kenalan-kenalan mengenai ketidaksahihan berita yang disampaikan.

DUNIA PENIPUAN

Mengalami peristiwa ini membuatkan saya segera terfikir akan Si Astora Jabat penulis merapu itu. Apabila difikirkan balik bagaimana agaknya berani benar dia merapu dan mengampu sedang tulisannya dibaca oleh semua orang. Sedang dia tahu tulisannya diketawa dan dikeji orang. ” Adhollu wa adhol”.

Lagi satu, cerita Osama bin Laden dan Al-Qaeda yang dikaitkan dengan segala siri keganasan yang berlaku di dunia. Ada sahaja berlaku keganasan di dunia ini, pasti sahaja dikaitkan dengan Islam. Saya hampir dan mampir tidak faham akan kedunguan media massa Barat dalam mengulas perkara ini. Apa diorang tak sekolah ke? Budak kecil pun tahu menilai pasti ada sesuatu yang tak kena apabila sesuatu perkara itu diceritakan dengan taraf hiperbola ataupun suatu pihak itu asyik disalahkan atau dituju dalam setiap perkara. Lucu benar otak dan pemikiran mereka.

Apa yang berlaku bukanlah setakat kelucuan taraf pemikiran mereka, tetapi ada suatu kuasa di belakang mereka yang berfikir dan bertindak secara lebih lucu secara berterusan, siapa lagi kalau bukan si Yahudi laknatullah dan Bush serta konco-konco mereka. Yang terpedaya, sudah pastilah mereka yang patut diketawakan taraf pemikiran mereka. Tetapi, mereka yang lucu ini amat berbahaya ibarat watak Joker di dalam filem Batman. Nampak macam budak sengal tetapi luar biasa kuasanya. Cuma, bezanya Yahudi dan konco-konconya dari Joker ialah ke’sengalan’ yang tersorok, kehebatan yang timbul.

Yahudi ini menabur fitnah secara besar-besaran dan menyeluruh.

Golongan kuffar sememangnya berusaha menjatuhkan ajaran Islam dan menidakkan kenabian Nabi Muhammad sejak dari awal lagi kerana mereka melihat ajaran Islam dan Nabi Muhammad sebagai suatu ancaman kepada mereka.

Mereka bertindak dalam pelbagai cara termasuklah cara yang menunjukkan kedunguan mereka. Salah satunya ialah apabila orang-orang kufar ingin membuktikan yang Nabi Muhammad mengarang kitab Al-Quran itu sendiri dan belajar dari cendekiawan-cendekiawan, sedang jelas sejarah membuktikan bahawa Allah S.W.T menjadikan orang yang ummi serta tidak pernah belajar di mana-mana sekolah pun. Sesuatu yang patut dinamakan sekolah pun belum wujud lagi dalam masyarakat Arab pada hari itu.

Prof. Dr. Hamka di dalam Tafsir Al-Azhar ada menulis sebuah kisah lucu yang berlaku di Makkah. Pada ketika itu, terdapat seorang pembuat pedang yang berasal dari negeri Rom, tidak beberapa fasih berbahasa Arab dan bukanlah seorang ahli falsafah ataupun guru, walaupun dia berasal dari Rom. Kemahirannya hanyalah menempa besi semata-mata. Nabi Muhammad S.A.W pernah datang dua tiga kali ke tempat si pembuat besi itu bekerja. Mungkin sekali tertarik akan kepandaiannya membuat pedang. Maka, disebar-sebarkanlah bahawa Nabi Muhammad belajar kepada Si Rom Pembuat Pedang itu. Berita itu dibantah oleh Allah S.A.W., di dalam Surah An-Nahl, ayat 103,

“Dan sesungguhnya Kami mengetahui bahwa mereka berkata, “Sesungguhnya Al-Quran itu hanya diajarkan oleh seorang manusia kepadanya (Muhammad).” Bahasa orang yang mereka tuduhkan (bahwa Muhammad belajar) kepadanya adalah bahasa ‘Ajam, padahal ini (al-Quran) adalah dalam bahasa Arab yang jelas.”

Inilah kerja golongan musyrikin, menipu sahaja yang dia tahu. Ciput betul. Dahsyat, dahsyat.

ISLAM AGAMA KEBENARAN

Di dalam Islam itu sendiri amat ditekankan dengan kebenaran. Islam sendiri pun agama yang benar, bukan? (Harap-harapnya anda begitu yakin untuk menjawab ‘ya’ bagi soalan ini) . Kebenaran dan Islam sememangnya berkait rapat. Bagai isi dengan kuku. Bagai air batu dengan sejuk. Bagai api dengan panas.

Didalam surah Al-’Ankabuut, ayat 50,

Dan mereka berkata: “Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?” Jawablah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya (urusan menurunkan) mukjizat-mukjizat itu adalah tertentu bagi Allah, dan aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata”. 

Presis pertama, Nabi Muhamad pemberi amaran yang jelas nyata.Presis kedua, Nabi Muhammad membawa agama Islam. Puan Ainon Tamby Chik, guru Matematik Moden saya di Tingkatan Empat mengajar Mathematical Reasonings, If A=B, If B=C, Then, A=C. Jadi, mengikut sifirnya disini, agama Islam=amaran yang jelas nyata, iaitu kebenaran.  Cukup.  Noktah di situ.

Sudah pastinya, Al-Quran kitab yang dibawa oleh Rasulullah untuk disampaikan kepada umat Islam juga benar. Al-Quran mengandungi segala macam jenis ilmu. Tunggu kita sahaja untuk mengkajinya. Semestinya, Al-Quran adalah Buku Terulung di dunia ini. Apabila disebut terulung, sepatutnya dijadikan contoh. Band-band dari negara Barat sememangnya kumpulan muzik yang unggul dan terulung di dalam aliran mereka, sebab itulah mereka dijadikan ‘petunjuk’ dan ‘role model’ anak muda masa kini sehingga tergila-gila dan tak sedar diri.

Jadi, secara sifirnya, terulung=contoh. Al-Quran terulung. Tetapi mengapa tidak dijadikan contoh? Oh, hampir telupa saya mengenai hadis Nabi yang mengatakan dunia akhir zaman ini terbalik.Haha…semuanya berpusing…kasihan sekali.

Habis tu, lu media, asyik duk sebar cerita mengarut sahaja. Tak mahu berubahkah? Kalau asyik memikirkan laku sahaja, inilah jadinya. Asyik-asyik hiburan. Asyik-asyik, cerita merapu. Asyik-asyik, ‘berita gempak’. Itulah yang jadinya kes seperti Nadiah Amirah Jamil tu. Bukankah malu besar ditanggungnya? Diumumkan oleh surat khabar ntahapahapetah sebagai pelajar terbaik SPM 2006 sebelum keluar keputusan rasmi. Korang patut bersyukur tau Cik Nadiah tu tak saman korang tau. Ambil pengajaran. Ini bukan hendak memberitahu maklumat dan ilmu kepada masyarakat, tetapi mahu jual ‘pengetahuan semasa’.

Kalau bukan cerita merapu, hiburan bukan? Haha…mahu tergelak pun ada, mahu menggeleng kepala pun ada bila saya membaca Berita Harian 13 Januari 2008, yang menceritakan mengenai nenek kepada 2 orang cucu begitu bangga sekali ingin menyertai ujibakat Akademi Fantasia Keenam. Ciponde! Apalah dah jadi kepada masyarakat hari ini ye?

Mereka yang sepatutnya menyampaikan kebenaran hanyalah memberikan kelucuan…

12:39,15 Januari 2008

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s